PROFIL

SEJARAH SEKOLAH

Pada awal penglibatan persekolahan,anak-anak peneroka FELDA Air Tawar  Satu telah      ditempatkan di bangunan stor baja yang serba kekuranagan.Pada tahun 1972,sebidang tanah seluas 10.2 hektar telah disediakan oleh pentadbiran     FELDA untuk didirikan dua bangunan dua tingkat.Lokasinya terletak ditengah-tengah kawasan perkampungan penduduk FELDA.Disamping itu,didirikan juga 4 pintu rumah guru untuk kemudahan guru-guru luar yang mengajar disini.

Pada awal Januari 1974,sekolah ini telah memulakan operasinya.Pada masa itu,kawasan ini masih belum lagi menerima kemudahan awam seperti elektrik,air paip dan kemudahan telefon.ia dihubungkan dengan jalan tanah merah.

Pada peringkat awal operasi,terdapat seramai 700 orang murid yang terdapat seramai 28 orang guru yang diketuai oleh  Encik Esa bin Ibrahim telah mencurahkan bakti tampa mengira kekurangan yang ada.

Pada 2 April 1974,bangunan sekolah ini telah dibuka dengan  rasminya oleh Yang Berhormat Dato’ Osman bin Saat,Menteri Besar Johor ketika itu.Pada peringkat awalnya,sekolah ini telah dikongsi bersama dengan pelajar-pelajar sekolah Menengah.

Jun 1976,semua pelajar sekolah Menengah telah dipindahkan ke Sekolah Menengah Air Tawar yang terletak di FELDA Air Tawar 2.Mulai tarikh tersebut sehingga penghujung tahun 1987,sekolah ini menjalankan operasinya dalam 2 sesi.Tahun  4 dan tahun 6 disesi pagi dan tahun 1 hingga tahun 3 disesi petang.Keadaan ini berlaku kerana enrolman murid-murid mencecah sehingga 1500 orang.

Mulai sesi persekolahan 1988,selepas bangunan tambahan (blok c)siap dibina,semua murid belajar disesi pagi.Tambahan pula,enrolman murid mula menurun di bawah 700 orang.


LOGO SEKOLAH


BIRU  - Pendidikan yang berkualiti kearah melahirkan pelajar-pelajar yang serta cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

MERAH  -Semangat dan jati diri yang tinggi dalam pelbagai aspek .

PUTIH  -Akhlak dan sahsiah diri yang mulia.

KUNING  -Mendukung idealogi dan cita – cita  Negara

Lambang buku,peralatan sains,muzik dan obor menterjemah hasrat sekolah meletakkan selari dengan arus aliran perdana yang menjurus kepada pendekatan sains dan teknologi  seiring dengan pengekalan adat dan budaya serta mendukung gaya hidup sihat sebagai amalan hidup.

VISI SEKOLAH
 Sekolah Unggul Penjana Generasi Gemilang .

MISI SEKOLAH
Membangun Pontesi Individu  Melalui Pendidikan Berkualiti .

MATLAMAT  SEKOLAH
Melahirkan warganegara yang berilmu,berketerampilan dan berakhlak muliaserta memberikan sumbangan terhadap pembangunan agama,bangsa dan negara.

OBJEKTIF SEKOLAH
1.Memupukminat pelajar yang tinggi dan berkekalan di kalangan murid-murid di sekolah ini .
2.Meningkatkan kecemerlangan di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
3.Mewujudkan suasana kekeluargaan yang harmoni di kalangan warga sekolah dan masyarakat.
4.Melahirkan warga sekolah yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek  dan sosial.
5.Mewujudkan persekitaran yang ceria,bersih dan selamat.


PIAGAM PELANGGAN SK LKTP AIR TAWAR 1


Kami warga Sekolah Kebangsaan LKTP Air Tawar 1 dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :


- Memastikan semua murid mendapat kemudahan belajar sepanjang tempoh persekolahan.
- Memastikan kami semua peka dan responsive kepada kehendak dan harapan murid, ibubapa, masyarakat , kerajaan dan negara.
- Melahirkan murid yang berilmu, bersemangat, rajin, berbudi tinggi, dan berakhlak mulia yang dapat memenuhi kehendak falsafah pendidikan negara dan wawasan 2020.
- Prihatin kepada segala masalah guru dan murid agar dapat membantu kearah kecemerlangan yang diharapkan.
-Membimbing murid-murid dengan rela hati, penuh ikhlas semata-mata kerana Allah.
- Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.


LAGU SEKOLAH

SK LKTP Air Tawar 1
Tempatku menimba ilmu

Kami teguh  berjanji
Dengan sungguh hati
Menjadi pelajar berkualiti

Visi dan Misi,Matlamat harapan
Capai kecemerlangan
Jasamu guru tidak dilupakan
Kekal sepanjang zaman

Guru dedikasi
Murid berpontesi
Yang beriltizam tinggi
Berbakti dengan setulus hati
Semoga Allah berbakti

SENARAI NAMA GURU BESAR SKAT 1

1. EN ESA BIN HJ IBRAHIM
2.TN HJ SYED ABU BAKAR BIN SYED HOOD
3.TN HJ RAMLAN B SAMAD
4.EN MOHD FADZLAH B HJ AHMAD
5.EN ANUAR BIN YUSOF
6.EN HASSAN BIN YUNOS
7.EN JAAFAR BIN NGAH
8.EN MD SIDEK B ABD HAMID
9.PN HJH RUBIAH BT SIDIK
10.EN ASLAR BIN YUSOF
11.EN HAMDAN BIN SHAJARI
12.EN ZAINURIN BIN SABTU

GAMBAR GURU SKAT 1

TAHUN 1998



( TAHUN 2005 )

( TAHUN 2006 )

( TAHUN 2011)

( tahun 2010 )

( tahun 2012 )